OBJEKTIF

1.PEJABAT DAERAH KECIL KEMABONG.

Untuk menyediakan kemudahan infrastruktur dan mempertimbangkan taraf sosio-ekonomi penduduk Daerah Kemabong dengan memberi perkhidmatan yang berproduktif, berkualiti dan bertanggungjawab


2.OBJEKTIF BAHAGIAN

a). Bahagian Luar Bandar
i. Membuat perancangan mengenai dengan kemudahanasas dan keperluan semasa diperingkat luar Bandar.
ii. Merangka infrastruktur dan mempertingkatkan taraf sosio-ekonomi penduduk luar bandar.
iii. Memberi khidmat nasihat kepada pengerusi-pengerusi JKKK.

b) Bahagian Akaun
i. Ia selaras dengan dasar kerajaan supaya semua Pejabat Daerah di Sabah dikehendaki mengakaunkan dengan sendiri.
ii. Memudahkan proses pembayaran dilaksanakan dengan segera.
iii. Proses perakaunan dapat dikemaskinikan dengan cara begini.

c) Bahagian Pungutan Hasil
i. Ia selaras dengan dasar kerajaan supaya semua Pejabat Daerah di Sabah dikehendaki membuat pungutan hasil di daerah sendiri iaitu di Pejabat Daerah berkenaan.
ii. Supaya memudahkan orang awam /pelanggan dapat menjelaskan bil-bil setempat.
iii. Proses pembayaran dan kemasukan akaun yang sudah dimasukkan dapat dikemaskini.

d) Bahagian Pentadbiran
i. Melaksanakan semua urusan pentadbiran yang melibatkan di dalam dan di luar pejabat, sesuai dengan peranan Pejabat Daerah sebagai pusat Pentadbiran Daerah.
ii. Ejen pelaksana fungsi kerajaan yang diarah dari masa ke semasa yang berhubung dengan dasar kerajaan yang melibatkan Kerajaan Persekutuan dan Negeri.
iii. Untuk mentadbir dan menyelia tatasusila dan adat istiadat masyarakat tempatan

e) Bahagian Majistrate
i. Membantu Jabatan Kehakiman untuk melaksanakan fungsi pengadilan sejauh mana kuasa yang diberikan sebagai Majistrate Kelas 2.
ii. Membantu Majistrate Kelas 1 untuk mengeluarkan saman, waran, notis dan surat-menyurat bagi persediaan perbicaraan.
iii. Menyimpan rekod, fail dan peralatan Jabatan Kehakiman termasuk juga menjalankan pungutan hasil dan denda mahkamah.

f) Bahagian Rekod dan Fail
i. Untuk menyimpan semua rekod-rekod awam yang dimasukkan di dalam fail pejabat dan disimpan di dalam kebinet dengan selamatnya.
ii. Menyelenggarakan semua rekod-rekod awam supaya ia dapat ditapiskan terlebih dahulu dan diasingkan mengikut yang mana bersesuaian yang boleh dikirimkan ke Arkib Negeri Sabah atau pun disimpan di dalam pejabat.
iii. Mengemaskinikan rekod dan fail pejabat yang melibatkan fail peribadi pegawai/kakitangan serta fail-fail am dan sulit pejabat yang merupakan sejarah hidup pada sesuatu perkara.

g) Bahagian Mahkamah Anak Negeri
i. Menyimpan dan menguruskan hal-hal adat istiadat Anak Negeri tempatan.
ii. Menerima dan menyelesaikan masalah perlanggaran adat adat-istiadat Anak Negeri tempatan.
Selaku pemegang Amanah Harta Tanah yang melibatkan tanah simpan Kerajaan Anak Negeri. (Reserve).